Fiman Allah SWT melalui ayat 30 surah Al Baqarah yang bermaksud; "Sesungguhnya Aku (Allah) jadikan dimuka bumi ini saorang khalifah(pemimpin).
Umum menggetahui Malaysia adalah sabuah Negara yang telah merdeka.Diukur dari usianya 50 tahun kini bolehlah dikira matang pada perkiraan pada usia sesuatu. Tapi agak malang kita masih lagi dilingkupi oleh gaya kepimpinan penjajah.Hakikatnya kita ketinggalan dalam semua aspek untuk menterjemahkan kemerdekaan itu sendiri.
Merdeka bermaksud bebas, lepas dari cekaman, bayangan penjajah dalam bentuk apa sekali pun samaada anutan atau ideologi.Kebayakan negara Islam hari ini masih lagi mejurus kearah itu.Kita berbangga dengan ideologi dan cara pemikiran Barat. Asas perjuangan yang diterapkan oleh kepimpinan kita hari ini berasaskan bangsa dan kebangsaan, tak pasti samada ditunjuk ataupun ditiru. Bebaskah kita hari ini dalam erti kata sebenarnya.Atau merasakan cara atau ideologi meraka lebih baik, maju lebih kedepan. Maka kita ambil segalanya sebagai model untuk diterapkan dalam segenap pendekatan sebagai cara hidup kita. Ini begitu ketara sekali dalam aspek pendidikan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Dimana, bagaimana, kemana hala tuju kita. Nyatanya selama ini tidak kemana, semua hancur.
Malaysia merupakan negara paling banyak akhta dan peraturan, pelbagai slogan indah dan sedap didengar, namun hasilnya entah kemana. Masaalah berbangkit tidak juga selesai. Dalam sekian lama kita mengecapi kemerdekaan,ditahap manakah pencapaian yang diharapkan atau berjayakah kita membina masyarakat yang lebih baik. Kita harus menerima kenyataan, keadaan semangkin parah. Inilah hasil dari ideologi berkiblatkan barat, punah ranah,porak peranda tiada kesudahan. Kepimpinan kita hari ini kena sedar merenung lebih jauh. Jangan kita tertipu oleh pesona dunia, lari dari tujuan asal Allah hidupkan kita didunia. Tiada jalan terbaik selain jalan yang tunjuk oleh Allah melalui rasulNya Muhammad SAW.
Perlu dingatkan tidak pernah wujud dalam suruhan syarak berkenaan dasar kita pelupori hari ini(Nasionalisme). Malah Rarullah SAW sendiri berkata," Bahawa siapa yang berjuang dibawah semboyang atau lambang assabiah, maka dia mati dalam fahaman jahiliah".
Amat jelas lagi benar Allah dalam menunjuk arah dalam semua aspek kehidupan. Bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan juga jalan mereka mereka yang sesat. sebagaimana yang disebut dalam surah al Fatihah. Jika kita renung kembali kejayaan yang dirintis oleh Nabi Muhammad SAW dizaman, kemudian diikuti oleh sahabat sahabat baginda kepimpinan para khulafa' Rashidin. Berakhir kegemilangan ini setelah mereka tidak lagi berpegang landasan Allah dan sunnah rasul dizaman pemerentahan othmaniah di Turki.
28 Apr 2008
ISLAM UNTUK SEMUA DAN JALAN PENYELESAIAN
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

1 komentar:
Posting Komentar