Beberapa jam lepas, kita dapat menyaksikan persidangan dewan rakyat penggal pertama secara langsung oleh rtm. Terima kasih kepada menteri penerangan yang baru, peruntukan slot setengah jam siaran langsung. Tapi malangnya tak sampai pun 20 minit untuk persidangan selebihnya untuk ulasan penal yang dijemput. betullah apa yang dinyatakan oleh pimpinan PR untuk kepentingan politik tertentu saja. Berbalik sidang dewan rakyat tadi. Yang dipertua dewan menggunakan kuasa dewan yang di beri untuk tidak telus. Dalam mengatur kerusi ahli dewan pun tidak mengikut aturan yang sepatutnya. Soalan tambahan yang diajukan oleh pihak pembakang tidak diizinkan. Walhal perkara itu patut dibincangkan untuk kebaikan satu satu isu yang dibincangkan. Atas alasan masa tidak mencukupi adalah tidak wajar. Kenapa setelah PM meminta izin untuk dibagi soalan tambahan baru diberi laluan. Kita hanya sempat mendengar soalan dari MP Marang saja, penjelasan bagi pihak PM tidak kesampaian bila dialih kestudio untuk ulasan. Selepas itu usul tergempar dari MP Kubang Kerian untuk mendesak kerajaan persekutuan mengembalikan royalti minyak dan menambah 10% juga ditolak. Cadangan saya agar rtm memanjang masa untuk siaran kepada 1jam. Ulasan penal bagi kepada slot lain
30 Apr 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

1 komentar:
Isi kandungan blog yang menarik. Abu Rushd
http://riquelme-penawarhati.blogspot.com/
Posting Komentar