25 Okt 2008

Siapakah Si SurfJunky.com?

Siapakah Si SurfJunky.com?

Kategori Edisi Siasat | Sebanyak 10 Pendapat Menarik!

Ada satu lagi pendedahan yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan kalian iaitu mengenai satu lagi program buat duit di internet yang mendapat sambutan hangat khususnya di kalangan pengguna internet di Malaysia ini.

Baru tadi saya jenguk ke dalam akaun di Friendster saya. Di dapati ada mesej yang telah dihantar oleh salah seorang kenalan Friendster saya. Lantas saya pun membukanya, bila membacanya saya tersenyum seorang diri. Ingin tahu apa isi kandungan?

“Adakah korang menggunakan internet sekarang? Peluang baik bagi mereka yang kerap ’surf’ internet. Jangan bazirkan bil TMNet dan Streamyx atau duit bayar CC… Kita cuba buat duit jugak disamping kita berbelanja. Inilah dipanggil situasi win-win…”

Satu lagi program buat duit melalui internet. Sungguh lumayan ($$$) dan inilah jalan pintas bagi mereka yang kesuntukkan wang serta ingin menjana pendapatan sampingan hanya melalui internet.

Ini bukanlah mesej pertama yang seumpamanya saya terima, tapi saya pernah juga menerimanya sebelum ini juga melalui kenalan Friendster saya dan juga melalui emel-emel saya. Ia berkenanan dengan satu program autosurf iaitu Surfjunky.com (http://www.surfjunky.com). Siapa dia si Surfjunky.com ni? Dan apa itu program autosurf?

Autosurf ialah satu program pengiklanan yang mewajibkan ahli-ahlinya untuk melihat setiap iklan yang dipaparkan untuk memperolehi kredit atau point. Iklan-iklan kebiasaannya akan ditayangkan ke skrin komputer sekitar 15 saat hingga 30 saat kemudiannya akan bertukar kepada iklan yang berikutnya. Setiap kali iklan tersebut berubah, ahlinya akan memperolehi kredit/point. Untuk menggandakan kredit/point tersebut ahlinya tadi perlulah melihat iklan-iklan tersebut setiap masa dan hari. Selain itu ahlinya perlu mengajak/merekrut lebih ramai orang agar mendaftar dibawah akaun mereka untuk menggandakan kredit/point mereka dengan lebih cepat. Hasil dari kredit/point yang terkumpul tadi barulah boleh ditebus dengan tunai atau wang melalui pelbagai kaedah transaksi. Kebiasaannya, mereka yang menjalankan program ini akan meletakkan syarat dengan menghadkan nilai kredit/point yang tertentu sebelum ahlinya layak untuk menebus kredit/point ke dalam bentuk tunai atau wang.

Surfjunky.com ialah salah satu laman web yang menjalankan program autosurf ini. Berdasarkan informasi dari laman web mereka. Pihak Surfjunky.com akan membayar sebanyak $0.75 sejam untuk setiap ahli-ahlinya yang melayari iklan yang dipaparkan di laman web mereka. Surfjunky.com mempunyai konsep yang sama seperti Studiotraffic.com yang pernah hangat satu ketika dahulu. Kalian ingin tahu apakah sejarah Studiotraffic.com? Silalah klik DI SINI untuk membaca maklumat mengenainya dari Professor Wikipedia!

Fakta Mengenai Surfjunky.com

Berikut adalah maklumat mengenai Surfjunky.com :

Alamat URL : http://www.surfjunky.com
Alamat IP : 67.15.62.55
Lokasi IP : United States
Pemilik : Surf Junky
Email Pemilik : contact_surfjunky{at}yahoo.com
Alamat : P.O Box 9430, Newark, DE 19713, U.S
Web Dibangunkan Pada : 01/Sep/2004
Telah Dibangunkan Selama : 3 tahun 7 bulan 26 hari
Status Web : Aktif
Jenis Server : Apache/2.0.46 (Red Hat)
Tarikh Luput : 01/Sep/2008

Berdasarkan pada maklumat di atas, jelaslah di sini bahawa domain untuk Surfjunky.com ini akan luput pada bulan September 2008 ini.

Boleh Percayakah Dengan Program Autosurf seperti Surfjunky.com ni?

Saya menyarankan agar anda untuk meninggalkannya atau jangan menyertainya (melupakannya)! Terus-terang saya katakan program ini lebih menjurus kepada program skim cepat kaya. Sekiranya anda telah membaca sejarah Studiotraffic.com di Wikipedia.org maka ketahui bahawa Surfjunky.com ini juga berpotensi seperti Studiotraffic.com satu ketika dahulu.

Sewaktu dahulu, sekitar tahun 2004-2005. Studiotraffic.com telah mendapat perhatian dan sambutan di kalangan pengguna-pengguna internet di negara kita. Bahkan ramai rakan sekerja saya yang pernah menyertainya. Ada yang sanggup membayarnya demi mendapat keahlian yang istimewa. Ramai yang membuang masa bersengkang mata siang dan malam di hadapan skrin komputer deminya. Tapi tidak lama kemudian, pada tahun 2006 pihak Studiotraffic.com hilang begitu sahaja tanpa sebarang berita dan membawa lari wang ahli-ahlinya.

Pengajarannya yang kita pelajari sebelum ini cukuplah menjadi iktibar dan teladan. Sekiranya kalian membuat atau menaip kata carian untuk surfjunky atau surfjunky.com di Google.com pasti kalian akan menjumpai mesej seperti ‘Surf Junky is a SCAM!‘ iaitu ‘Surf Junky adalah PENIPU‘. Untuk makluman kalian semua, di luar negara laman web Surfjunky.com ini telah pun dikategorikan sebagai sebuah program berunsurkan penipuan (SCAM atau web berunsurkan skim cepat kaya). Ironinya, apa yang berlaku di negara kita ini, web basi & lapuk Surfjunky.com ini sentiasa diagung-agungkan dan ramai di antara kita bersungguh-sungguh untuk mempromosikannya.

Kesimpulannya :

“Alah, engko ni asyik-asyik nak tutup periuk nasi orang. Tu tak boleh! Ni tak bolehlah! Abis apalah yang boleh? Takkanlah semua program buat duit kat internet ni semua menipu!”

Saya langsung tak berniat nak tutup periuk nasi siapa-siapa. Siapalah saya untuk melarang seseorang itu untuk mencari wang lebih. Itu adalah hak masing-masing. Jika kena dengan caranya pasti saya tidak menegah atau melarangnya. Bukti telah menunjukkan bahawa pihak-pihak yang menjalankan program autosurf ini kebiasaannya tidak pernah membayar sesen pun kepada ahli-ahlinya. Pelbagai alasan yang diberikan. Kelewatan pembayaran disebabkan sistemlah! Pembayaran dari pelanggan (pemilik iklan) agak lembap menyebabkan pembayaran kepada ahli-ahli ditangguhkan dan bermacam-macam lagi alasan. Jadi buat apa hendak menegak benang yang basah!

Saya hanya ingin membuat pendedahan sebenar mengenai program-program skim cepat kaya yang semakin menular di persada internet kita ini. Saya tidak mahu kalian sebagai rakan saya tertipu dan diperdayakan oleh mereka-mereka yang sentiasa mengambil kesempatan di atas kelemahan pengetahuan seseorang. Sekiranya kalian merasakan program autosurf ini mampu memberi pendapatan lebih kepada anda! Terpulanglah! Itu hak masing-masing untuk membuat pilihan.

Namun, nasihat terakhir saya, sekiranya kalian benar-benar ingin membuat pendapatan yang lumayan di persada internet ini, itu bukanlah satu perkara yang mustahil. Kalian buatlah perniagaan internet yang sebenar iaitu memerlukan sedikit pengorbanan iaitu modal untuk menyewa hosting, membeli domain dan juga kos-kos sampingan yang lain. Dan kemudian kalian berjuallah apa saja di internet ini selagi ianya HALAL dan SAH di sisi undang-undang.

Namun, sekiranya kalian diajak untuk menyertai sesuatu program buat duit melalui internet. Maka selidikilah terlebih dahulu. Kerana kebanyakkan program-program yang menawarkan buat duit di internet lebih berunsurkan kepada penipuan atau dalam erti kata lain menjurus kepada skim cepat kaya. Selidikilah sedalam-dalam sebelum menyertainya. Jangan kelak menyesal di kemudian hari. Kerana ketika itu semuanya telah terlambat.

Semoga dengan informasi yang disampaikan dapatlah kiranya membuka minda kita agar tidak mudah tertipu dan percaya dengan program-program yang berkonsepkan skim cepat kaya seperti program autosurf Surfjunky.com ini. Sekiranya kalian mempunyai sebarang komen atau pendapat untuk artikel ‘Siapakah Si Surfjunky.com’ ini, kalian boleh turunkan komen atau pendapat kalian di bawah ini.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
839 Views
Share This
Close

* Social Web
* E-mail

* del.icio.us
* Digg
* Furl
* Netscape
* Yahoo! My Web
* StumbleUpon
* Google Bookmarks
* Technorati
* BlinkList
* Newsvine
* ma.gnolia
* reddit
* Windows Live
* Tailrank

E-mail It

* To Address:
* Your Name:
* Your Address:
*

| Kembali Ke Halaman Utama!
Sebanyak 10 Pendapat Menarik!

1. Comment from Lin on April 10th, 2008 :

Info amat berguna untuk memberi kesedaran kepada semua para pengguna online jangan mudah leka dan terjebak dengan info2 sebegini….buat penyelidikan dan perincian terlebih dahulu seblm membuat keputusan..

Terima kasih kerana share maklumat ini… ;)
2. Comment from mohdabdhalim on April 10th, 2008 :

Terima kasih Lin.

Memang betul tu.. sebelum kita menyertai mana-mana program internet, sebaik-baiknyanya adalah membuat perincian dan selidiki asal-usulnya. Dengan maklumat yang kita ada sekurang-kurang dapat mengelakkan kita dari terjebak dengan program-program internet yang berunsurkan penipuan dan perjudian.
3. Comment from Andrez on April 10th, 2008 :

Terimakasih Telah Men share kan Info ini, saya juga sempat ikut program surfjunky. Daripada kita bingung cari Bisnis di Internet, saya ada Bisnis Bagus, Kalau mau lihat disini ya : [maaf - dipadamkan, Admin!]

Terima Kasih,
Andrez
4. Comment from mohdabdhalim on April 10th, 2008 :

Waduh Andrez,

Terima kasih banget sih! Ya saya tau itu bisnisnya bagus. Namun Andrez, di sini bukannya tempat untuk mempromosi bisnis bagus lo. Harap faham ya! :)
5. Comment from Tawel on April 11th, 2008 :

Assalamualaukum Encik Abd Halim aka Antukarma! Memang macam hantu sebab kejap muncul kejap menghilang di alam blogging :D

Saya pun pernah juga menulis pasal autosurf 12 Daily Pro dulu. Malah ada juga nasihat kawan-kawan saya supaya jangan terpengaruh sangat. Tapi biasalah, bila saya nasihat, diorang kata saya dengki, kata saya tak suka tengok Melayu maju. Nasib komelah…last last, bungkus bisnes tu. Baru tau!
6. Comment from mohdabdhalim on April 11th, 2008 :

Wa’alaikumusalam Encik Tawel,

Lama tak dengar khabar? Hihi.. Btul tu saya sekejap ada sekejap takde di alam blogging ni! Kekadang idea ni bleh buntu untuk mem’blog’ :) Tapi jangan tak tau, saya selalu singgah and lepak kat blog saudara.

Btul kata Encik Tawel. Nak kata kita dengki or jeles dengan orang yang join program autosurf. Jauh sama sekali! Buat apalah kita nak dengki! Kita sekadar nak menasihati.

Kalau benda tu bagus dan mendatangkan hasil yang baik! Mesti kita tak halang atau sekat sesiapa pun. Tapi kalau dah jelas dan nyata benda tu tak mendatangkan hasil. Kan ke rugi namanya tu..

Kita hanya mampu menasihati dan mengingati. Hendak percaya atau tidak itu terpulanglah kepada diri masing-masing.
7. Comment from rakan admin on April 22nd, 2008 :

autosurf is fraud.. In reality, there’s no easy money… Hope that keep you guys very careful to dump a lot of money.

To play safe, if ever got to cash out, just cash out. Use the profit from program to continue, so you don’t actually rugi..
or get advice for safe for investment digitally..

when time is critical and a decision is hard to make and desperation can cause one can do a surprising decision, that’s how thing being trigger..

me maybe wrong about the surfjunky, however some saying…

“man have not experience the war, always eager to go TO WAR,
man have experienced the war for only 5 minute they vow to not experienced it in the first placed” - faiz

btw.. prasangka is bad thing :-) alas me bad…
8. Comment from mohdabdhalim on April 23rd, 2008 :

But don’t forget also, some autosurf sites require people to add their own money to upgrade the account, so they can become an exclusive member and earn more in fastest time. (is it? actually this is autosurf strategy to get/sip money from the people).

Yes, that’s correct! Surfjunky! 12DailyPro! Studiotraffic or any similar autosurf programs out there all are fraud. My advice to all readers, stay away from these programs.
9. Comment from manusia kesempitan on July 3rd, 2008 :

bagus2..sesuatu yang akan menyedarkan generasi sekarang!!!
10. Comment from Kukuro on October 11th, 2008 :

tapi saya sediri sudah di bayar..
bulan kemarin saya dapat 400 ribu..
dan sudah saya cairkan ke kartu debit saya..
dan semua terbukti.. bukan scam..

Apa Komen / Pendapat Anda?

Nama [*perlu diisi]

Email (tidak akan dipaparkan) [*perlu diisi]

Website


*

Blog yang bertemakan 'Menyingkap Segala Elemen' ini lebih banyak membicarakan mengenai pengurusan kewangan, topik keagamaan, isu terkini, saham, pelaburan, perniagaan internet dan juga satira. Blog ini juga berkonsepkan fotoblog dan ia telah dibangunkan serta direkabentuk oleh pemiliknya sendiri iaitu Mohamad Abdul Halim melalui platform Wordpress.
*

Free @ Hijriah

Anda dibenarkan untuk merujuk, menyalin, mencetak atau menyebarkan sebarang tulisan daripada blog ini dengan syarat bukan atas tujuan komersil. Anda dilarang sama sekali mengubah isi kandungan dari blog ini tanpa keizinan penulis. Dan pastikan anda juga menyelitkan sekali URL blog ini pada artikel yang disalin.
*
*
+ Mentor Jutawan
+ Stesen Minyak Mogok?
+ Minyak Naik, Apa Kata Pemimpin & Rakyat?
+ Harga Petrol Dan Diesel Naik Lagi
+ Hari Ibu Di Dalam Islam
+ Blog Hanya Untuk Politik?
+ Majalah IM #3 Edisi April 2008
+ Siapakah Si SurfJunky.com?
+ ATM dan CDM Bagi Pendeposit Tabung Haji
+ Web Berunsurkan Skim Cepat Kaya
*
o ASB vs Unit Trust - 1,943 Views
o Sindrom Hutang : Berjimat-cermat - 1,631 Views
o Pinjaman/Loan ASB - 1,557 Views
o Dividen & Bonus ASB 2007 - 1,156 Views
o Pengiraan Dividen & Bonus ASB - 1,076 Views
o Kekuatan Sedekah - 955 Views
o Hukum Pelaburan ASB - 922 Views
o Siapakah Si SurfJunky.com? - 839 Views
o Pulangan Simpanan & Pelaburan - 812 Views
o Investing in Mutual Funds - 779 Views
*
o Kukuro : Siapakah Si SurfJunky.com? pada 11/10/2008
o ladyheart : Harga Petrol Dan Diesel Naik Lagi pada 10/10/2008
o Zairol : Mentor Jutawan pada 22/08/2008
o syah : ASB vs Unit Trust pada 20/08/2008
o raha : Hukum Melabur di ASB Adalah HARUS! pada 20/08/2008
*
o Aidilfitri (1)
o ASB (2)
o Blog (1)
o Ebook (3)
o Edisi Siasat (3)
o Epilog (2)
o Hukum (2)
o Info Terkini (1)
o KWSP (1)
o Luahan (1)
o Macam-macam (1)
o Motivasi (4)
o Pelaburan (1)
o Peleburan (1)
o Pengurusan Kewangan (7)
o Politik (1)
o Ramadhan (2)
o Saham (6)
o Salam (5)
o Santai (1)
o Santapan Hati (2)
o Simpanan & Pelaburan (4)
o Tabung Haji (2)
o Tazkirah (2)
o Terjah (2)
*
o August 2008
o June 2008
o May 2008
o April 2008
o March 2008
o February 2008
o January 2008
o December 2007
o November 2007
o October 2007
o September 2007
o August 2007
o July 2007
o June 2007
*
Web Niaga
SMSbiz2u
Prepaid4u
Web Forum
BicaraJutawan
WangCyber
Blog Informasi
Azree MH
Dr. Irfan Khairi
Eddie Prepaid4u
Master Hasrol
Mohd Amirol
Mohd Fazdlie
Mohd Sufian
Pakdi
SaifulSham
Salina Daud
Shuth
Zul Smartusaha
Blog Islamik
Tawel Sensei
Ustaz Zaharuddin
*



Nuffnang Ads
*

Recent Visitors


You! Join Now.


Sheikh Mafaza
jedi79
Pakdi
rizcozmic


shahrian_lia21
atey
dinkhalil
soul wanderer


Daniel90
Cahaya Mata Kemuliaan Agama
amirwashere
asy-syuhada 8


liyn
elmi.ammar
IbnurRahmat
Masslinda M


Cari Duit
Azree MH
Nesloais
lynxee







See all 3 members...


Grab This!
MyBlogLog




Sites Authored


Ever wonder who's visiting your site?

This widget updates automatically whenever a MyBlogLog member views your site with their avatar and links to their profile and websites. Introduce your readers to each other, register for access to free stats, and help make the web more personable.

Want a widget of your own? Grab This!
Want one of your own? Enter your site's URL below.
Website URL:
No adult content is on this website.
Please wait...
Copy and Paste this code into your sidebar HTML. For help, please see our Tutorials.



My Site is worth
$288
How much is
your site worth?

mohdabdhalim.com Dibangunkan Menggunakan Platform WordPress.
Resolusi Skrin Yang Berpadanan Adalah 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2008 | www.mohdabdhalim.com
Entries (RSS) | Comments (RSS)
eXTReMe Tracker

2008 Oktober 24 11:19
Hapus

6 Jun 2008

KENAIKAN HARGA MINYAK - AMAT MEMERITKAN

Belum pun reda kenaikan harga beras dan barang keperluan lainnya, kita dikejutkan pula dengan kenaikan harga minyak yang melampau. Aku termenung sejenak, dalam kotak fikiranku bercelaru. Memanglah orang macam aku ni atau orang orang yang sama tanding akan ada rasa bimbang. Bolehkah aku harungi hari mendatang seterusnya, walaupun tidak ketahap yang lebih baik sekurang kurang nya bertahan pada tahap yang dilalui sekarang. Tabahkan hati, yakin janji Allah SWT dalam bab nasib hambaNya.
Bukan nak persoalkan kenaikan harga minyak, harian kehidupan keluargaku tidak perlu pun dengan minyak. Tapi yang dipersoalkan kenaikan ini lazimnya akan diheret sama dengan barangan keperluan asas lain. Inilah yang merisaukan, Ya Allah... Ya Zul Jalal Wal Ikram...berilah daku kekuatan mental dan fizikal, akan aku pastikan tugasku sebagai khalifah dalam keluargaku ini tidak terabai Insya Allah. Aku akan cari aternatif memastikan untuk atau mengekalkan :
Tempat tinggal ...... supaya sempurna
Makan cukup ...... walaupun kurang berkhasiat
Pakaian ada ...... hanya bertukar jika rosak
Boleh belajar ...... berbasikal kesekolah/ duit saku tiada lagi.
Berpada padalah dalam perbelanjaan kita, semoga mendapat rahmat Allah SWT.

30 Apr 2008

YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT TIDAK JUJUR

Beberapa jam lepas, kita dapat menyaksikan persidangan dewan rakyat penggal pertama secara langsung oleh rtm. Terima kasih kepada menteri penerangan yang baru, peruntukan slot setengah jam siaran langsung. Tapi malangnya tak sampai pun 20 minit untuk persidangan selebihnya untuk ulasan penal yang dijemput. betullah apa yang dinyatakan oleh pimpinan PR untuk kepentingan politik tertentu saja. Berbalik sidang dewan rakyat tadi. Yang dipertua dewan menggunakan kuasa dewan yang di beri untuk tidak telus. Dalam mengatur kerusi ahli dewan pun tidak mengikut aturan yang sepatutnya. Soalan tambahan yang diajukan oleh pihak pembakang tidak diizinkan. Walhal perkara itu patut dibincangkan untuk kebaikan satu satu isu yang dibincangkan. Atas alasan masa tidak mencukupi adalah tidak wajar. Kenapa setelah PM meminta izin untuk dibagi soalan tambahan baru diberi laluan. Kita hanya sempat mendengar soalan dari MP Marang saja, penjelasan bagi pihak PM tidak kesampaian bila dialih kestudio untuk ulasan. Selepas itu usul tergempar dari MP Kubang Kerian untuk mendesak kerajaan persekutuan mengembalikan royalti minyak dan menambah 10% juga ditolak. Cadangan saya agar rtm memanjang masa untuk siaran kepada 1jam. Ulasan penal bagi kepada slot lain

28 Apr 2008

ISLAM UNTUK SEMUA DAN JALAN PENYELESAIAN

Fiman Allah SWT melalui ayat 30 surah Al Baqarah yang bermaksud; "Sesungguhnya Aku (Allah) jadikan dimuka bumi ini saorang khalifah(pemimpin).
Umum menggetahui Malaysia adalah sabuah Negara yang telah merdeka.Diukur dari usianya 50 tahun kini bolehlah dikira matang pada perkiraan pada usia sesuatu. Tapi agak malang kita masih lagi dilingkupi oleh gaya kepimpinan penjajah.Hakikatnya kita ketinggalan dalam semua aspek untuk menterjemahkan kemerdekaan itu sendiri.
Merdeka bermaksud bebas, lepas dari cekaman, bayangan penjajah dalam bentuk apa sekali pun samaada anutan atau ideologi.Kebayakan negara Islam hari ini masih lagi mejurus kearah itu.Kita berbangga dengan ideologi dan cara pemikiran Barat. Asas perjuangan yang diterapkan oleh kepimpinan kita hari ini berasaskan bangsa dan kebangsaan, tak pasti samada ditunjuk ataupun ditiru. Bebaskah kita hari ini dalam erti kata sebenarnya.Atau merasakan cara atau ideologi meraka lebih baik, maju lebih kedepan. Maka kita ambil segalanya sebagai model untuk diterapkan dalam segenap pendekatan sebagai cara hidup kita. Ini begitu ketara sekali dalam aspek pendidikan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Dimana, bagaimana, kemana hala tuju kita. Nyatanya selama ini tidak kemana, semua hancur.
Malaysia merupakan negara paling banyak akhta dan peraturan, pelbagai slogan indah dan sedap didengar, namun hasilnya entah kemana. Masaalah berbangkit tidak juga selesai. Dalam sekian lama kita mengecapi kemerdekaan,ditahap manakah pencapaian yang diharapkan atau berjayakah kita membina masyarakat yang lebih baik. Kita harus menerima kenyataan, keadaan semangkin parah. Inilah hasil dari ideologi berkiblatkan barat, punah ranah,porak peranda tiada kesudahan. Kepimpinan kita hari ini kena sedar merenung lebih jauh. Jangan kita tertipu oleh pesona dunia, lari dari tujuan asal Allah hidupkan kita didunia. Tiada jalan terbaik selain jalan yang tunjuk oleh Allah melalui rasulNya Muhammad SAW.
Perlu dingatkan tidak pernah wujud dalam suruhan syarak berkenaan dasar kita pelupori hari ini(Nasionalisme). Malah Rarullah SAW sendiri berkata," Bahawa siapa yang berjuang dibawah semboyang atau lambang assabiah, maka dia mati dalam fahaman jahiliah".
Amat jelas lagi benar Allah dalam menunjuk arah dalam semua aspek kehidupan. Bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan juga jalan mereka mereka yang sesat. sebagaimana yang disebut dalam surah al Fatihah. Jika kita renung kembali kejayaan yang dirintis oleh Nabi Muhammad SAW dizaman, kemudian diikuti oleh sahabat sahabat baginda kepimpinan para khulafa' Rashidin. Berakhir kegemilangan ini setelah mereka tidak lagi berpegang landasan Allah dan sunnah rasul dizaman pemerentahan othmaniah di Turki.